Photobucket

Photobucketa> Semua bekas Murid dan Guru di SK Tengku Mahmud dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Tengku Mahmud
PERHATIAN! Semua Ibubapa dan Penjaga boleh melihat keputusan Ujian dan Peperiksaan anak mereka melalui online. Sila Klik pada Ikon Keputusan Peperiksaan

Personaliti Unggul



JENERAL TAN SRI DATO’ SRI RODZALI BIN DAUD
PSM PSAT PJN SSAP SIMP DIMP PAT SMT KMN AMP PJM PPS PPA MSc (QAU) MA (UKM)

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah dilahirkan di Besut, Terengganu pada 11 Mac 1955. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tengku Mahmood, Besut dan peringkat menengah di Maktab Tentera DiRaja. Menamatkan latihan Pegawai Kadet, beliau telah ditauliahkan sebagai Juruterbang pada 31 Oktober 1973.

Beliau telah menjalani kursus asas dan lanjutan penerbangan di Australia pada tahun 1974 dan seterusnya menyandang jawatan Juruterbang di Skuadron No.6 (menerbangkan Tebuan CL-41G) dan Skuadron No. 12 (menerbangkan F-5E). Antara pengalaman awal beliau sebagai pegawai memerintah termasuk menyandang jawatan Pemangku Komandan Pusat Latihan Terbang 3 (menerbangkan PC 7 and Aermacchi MB 339A), Pegawai Memerintah Skuadron No. 12 (menerbangkan pesawat F 5) dan Skuadron No. 17 (menerbangkan MiG 29N). Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Kuantan.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menyandang berbagai tugas pengurusan/pentadbiran semenjak tahun1988. Jawatan yang disandang adalah Pegawai Staf di Air Defence Command, Ketua Tim Projek MiG 29N di Moscow dan Penasihat Pertahanan di Moscow. Sebelum menyandang jawatan sekarang, beliau telah menyandang beberapa jawatan di Markas Operasi Udara sebagai Brig Jen Operasi, Markas Tentera Udara sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Panglima Pendidikan Udara, Panglima No. 1 Divisyen Udara dan yang terakhir ialah Panglima Operasi Udara.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM merupakan graduan Air Command and Staff College, New Zealand pada tahun 1989, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera pada tahun 2002 (Masters in Defence Studies Universiti Kebangsaan Malaysia); Pakistan National Defence (Masters Degree in Strategic Studies dari Quard-i-Azam University) pada tahun 2006.

Atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan kepada negara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah dikurniakan dengan darjah kebesaran Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang mana kedua-duanya membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Pahang dan Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) dan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong. Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri. Kecekalan dan kesungguhan yang dipamerkan terutama di dalam membentuk halatuju jangka panjang TUDM telah menerima pengiktrafan apabila dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri pada 5 Okt 2010.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah pun berkahwin dengan Puan Sri Asnah binti Din serta dikurniakan dua orang cahayamata lelaki. Beliau merupakan seorang yang sangat suka membaca, melancong dan bermain golf.

http://www.airforce.gov.my/mengenai-kami/pemerintah/panglima-tentera-udara/




YA Dato' Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

• Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 10 Ogos 2008.
• Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 April 2010.


YA Datuk Hanipah binti Farikullah
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Dagang 5)
• Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 03 Mei 2010

Datuk Hanipah binti Farikullah graduated with LLB (Hons) from University of Malaya and obtained LLM from University of Abersywth Wales, United Kingdom. Datuk Hanipah was appointed as Judicial Commissioner of the High Court Kuala Lumpur in May2010.




DATO’ Ir. HAJI ZAHRI BIN ABDUL GHANI
Executive Director
DPMP, PJC, PJK, dipCivilEng, BSc (Hons) CivilEng, PEng, MIEM

Dato’ Zahri holds a diploma in Civil Engineering from the University of Technology, Malaysia, and an honours degree in Civil Engineering from the University of Glasgow, Scotland. He also holds a 2nd Class Certificate of Merit in Accountancy and has attended a management development course conducted by Harvard University, USA. He was appointed as an Executive Director of Freeway Power S/B in 2008.

He has previously served as Managing Director of a petrochemical engineering & construction company, General Manager of building systems construction company, Managing Director / Chief Executive Officer of a development company charged with the responsibility of developing a self-contained automotive city to the north of Kuala Lumpur, and Chief Executive Officer of a municipal waste management company respectively. He also sits on the board of directors of a shipping company and a textiles company.

As a civil engineer, he had undertaken and supervised numerous infrastructural projects throughout Malaysia and Japan, notably roads and bridges, Restoration Works of Ipoh Railway Station, Re-Development of Kuala Kubu Bahru Railway Station, and the Construction of Electrified Ipoh-Rawang Double-Tracked Railways.

Dato’ Zahri has received a number of royal awards for his contributions and accomplishments in completing several public projects in the states of Terengganu and Perak.


ACP Arjunaidi Mohamed
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya


Mohd Nasir bin Hj. Hamzah
Founder/Director

Kumpulan Karangkraf