Photobucket

Photobucketa> Semua bekas Murid dan Guru di SK Tengku Mahmud dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Tengku Mahmud
PERHATIAN! Semua Ibubapa dan Penjaga boleh melihat keputusan Ujian dan Peperiksaan anak mereka melalui online. Sila Klik pada Ikon Keputusan Peperiksaan

Saturday 4 June 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


UTUSAN MALAYSIA (JUMAAT - 3 JUN 2011)


Lima lagi sekolah rendah, menengah dicalon untuk SBT

KUALA TERENGGANU 2 Jun - Terengganu telah mencalonkan lima lagi sekolah rendah dan menengah untuk dinilai dan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pelajaran pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Razali Daud berkata, pasukan panel penilai di peringkat JPN telah diberi tanggungjawab untuk memilih sekolah-sekolah terbabit dan dibantu untuk mencapai taraf itu.

Katanya, sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, di sini; SMK Mak Lagam, Kemaman; Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Berang, Hulu Terengganu; Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman, di sini dan
SK Tengku Mahmud, Besut.

“Sehingga kini, tiga sekolah di negeri ini telah diumumkan sebagai SBT iaitu SM Imtiaz Besut; SK Sultan Ismail, Kemaman dan yang terbaru SMK Lembah Bidong, Setiu.

“Hasil penilaian oleh pihak JPN pada 2010, hanya tiga sekolah berkenaan layak dicalonkan dan semua pencalonan kita diterima oleh pihak kementerian untuk diiktiraf sebagai SBT,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk mewujudkan 100 buah SBT menjelang 2012 menerusi pemilihan sekolah-sekolah terbaik yang menyerlah dalam semua aspek pendidikan di negara ini.

No comments:

Post a Comment