Photobucket

Photobucketa> Semua bekas Murid dan Guru di SK Tengku Mahmud dialu-alukan untuk mendaftar di Sistem Alumni SK Tengku Mahmud
PERHATIAN! Semua Ibubapa dan Penjaga boleh melihat keputusan Ujian dan Peperiksaan anak mereka melalui online. Sila Klik pada Ikon Keputusan Peperiksaan

Thursday 19 May 2011

Kematian Suami Salah Seorang Warga SKTM

HARIAN METRO : 18 Mei 2011


KEMAMAN: Dua guru lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kijal, di sini lemas ketika mandi di Pantai Kijal di sini dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi.


Mangsa dikenali sebagai Mohd Anuar Harun, 28, yang berasal dari Marang, Terengganu dan rakannya Md Iskandar Mat Arif, 26, dari Muar, Johor cuba diselamatkan orang awam yang berada di pantai itu namun kedua-duanya telah pun meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat berkata dua guru itu dipercayai ke pantai berkenaan untuk mandi bagaimanapun salah seorang daripada mereka lemas 15 minit kemudian.


"Rakannya cuba membantu untuk menyelamatkan mangsa tetapi arus deras telah menghanyutkan kedua-dua guru muda ini. "Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke tepi pantai dan memberi bantuan kecemasan kepada kedua-duanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

KAMI WARGA SKTM MENGUCAPKAN TAHZIAH KEPADA USTAZAH WAN NUR SYAHIDAH BT. WAN GHAZALI DI ATAS KEMATIAN SUAMI TERSAYANG (ARWAH MD ISKANDAR MAT ARIF) - AL-FATIHAH.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROHNYA (AMIN) DAN MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA USTAZAH WAN NUR SYAHIDAH BERSAMA ANAKANDANYA YANG BERUSIA 3 BULAN MENEMPUHI DUGAAN HIDUP DENGAN PENUH KESABARAN DAN KETENANGAN.

KAMI WARGA SKTM SENTIASA BERSAMAMU.

No comments:

Post a Comment